SEJARAH



SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN IDRIS II KUALA KANGSAR PERAK DARUL RIDZUAN





PUSAT SUMBER AL-FATAH

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II  dikenali sebagai Pusat Sumber Al-Fatah mengambil sempena panggilan  manja  Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah II yang telah merasmikan sekolah ini pada 29 Ogos 1964. Pada hari perasmian tersebut baginda telah mencatatkan dalam buku pelawat dengan tulisan jawi seperti berikut:


“Pada hari ini 29 Ogos 1964, beta telah menamakan sekolah ini dengan nama beta iaitu Sultan Idris II. Beta berharap sekolah ini akan maju dan bertambah lagi akan memberi pelajaran dan pengetahuan yang sempurna bagi negeri dan rakyat. Di harapkan sekolah ini akan bertambah maju dari masa ke satu masa


‘Al-Fatah’ dalam bahasa Arab adalah  bermaksud ‘Pembuka’ . Bersesuaian dengan peranan pusat sumber sebagai pembuka atau pencetus sikap minat membaca. Mengambil contoh minat baginda yang suka membaca dan cintakan ilmu maka Jawatankuasa Pusat Sumber telah bersetuju menamakan pusat sumber sekolah ini sebagai Pusat Sumber Al-Fatah.