PRAKATA




Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Warga SKSI II  yang dihormati,

Syukur alhamdulillah kerana saya diberi kesempatan untuk bersama-sama warga SKSI II merealisasikan PSS Cemerlang. Kita sebagai warga pendidik sewajarnya mengambil peluang yang terbuka di hadapan kita untuk menjayakan Visi dan Misi sekolah kita.. Oleh itu kukuhkan gandingan keluarga kita dan curahkan ilmu yang berkualiti kepada murid-murid kita. Imam al-Shafi'i pernah berkata, "Bukanlah ilmu itu apa-apa yang dihafal, tetapi ilmu sebenar ialah ilmu yang bermanfaat."

Warga SKSI II yang disayangi,

Setelah salam dihulurkan, akan diukir senyuman tanda kemesraan. Tanda keikhlasan dan kejujuran yang tertanam di hati kita. Keikhlasan dan kejujuran kita menerapkan ilmu. Keikhlasan dan kejujuran kita dalam memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid-murid kita. Kita juga sewajarnya ingat bahawa ilmu yang berkat adalah datangnya dari guru yang ikhlas dan jujur. Senyuman yang manis akan terukir dari hati yang ikhlas dan jujur. Senyuman adalah sebagai tali pengikat kemesraan antara kita sekeluarga. Pengikat antara guru dan murid.

Salam dan senyum merupakan pengikat ukhuwah. Ukhuwah yang merupakan persaudaraan yang akrab dalam satu keluarga yang besar. Keluarga yang sering bertolak-ansur melalui jalinan kasih sayang Islamiah. Ingatlah bahawa apabila kita bermula dengan panggilan guru akan terus disebut sebagai guru sampai bila-bila. Lagi pun, salah satu penghubung manusia setelah mati ialah ilmu yang disampaikan terus dimanfaatkan. Insya-Allah, semoga diperkenankan oleh Allah.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.

PN DAYANG HAMSIAH BINTI ABANG MOHTAR
GURU BESAR