1. KEMUDAHAN FIZIKAL, PERALATAN DAN BAHAN
1.1 Lokasi PSS Induk & Bilik Media/BBM 
- Terletak di tempat yang strategik.
- Terletak di tempat yang strategik.
1.2 Susun Atur Bilik/Ruang
      - Bilik dan ruang mencukupi untuk menampung sekurang-kurangnya 10% 
enrolmen pelajar. Ini  
termasuk bilik dan ruang untuk kaunter, pameran, perabot, bahan/rujukan, tayangan, belajar
secara individu dan kumpulan, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
termasuk bilik dan ruang untuk kaunter, pameran, perabot, bahan/rujukan, tayangan, belajar
secara individu dan kumpulan, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
1.3 Perabot
      - Kelengkapan perabot yang mencukupi dan memuaskan, termasuk kaunter, rak buku, kerusi 
meja, papan maklumat dll.
meja, papan maklumat dll.
1.4 Bahan Cetak
majalah, jurnal, risalah, peta, carta dll.
1.5 Bahan Bukan Cetak
      - Koleksi pelbagai bahan bukan cetak. Ini termasuk model, globe, transparensi, slaid, kaset audio 
& video, CD dll.
& video, CD dll.
1.6 Peralatan
      - Mempunyai peralatan elektronik atau bukan elektronik yang mencukupi. Ini
 termasuk OHP, 
pellbagai projektor, radio kaset, TV, VCR, kamera, komputer dll.
pellbagai projektor, radio kaset, TV, VCR, kamera, komputer dll.
1.7 Alat Keselamatan
2. PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN
2.1 Struktur Organisasi
Menyediakan dan mempamerkan struktur organisasi PSS yang lengkap. Ini 
termasuk JK Induk, JK Kerja, JK Panitia Mata pelajaran dan Pengawas 
Perpustakaan. 
2.2 Rancangan Tahunan
Menyediakan rancangan tahunan yang lengkap. Dikemukakan dalam mesyuarat 
JK kurikulum atau mesyuarat guru supaya semua aktiviti akan dimasukkan 
dalam takwim sekolah. 
2.3 Dokumen dan Rekod 
Pengurusan PSS perlu ada pelbagai rekod dan dokumen: 
2.3.1 Fail kuasa 
1.Peraturan-peraturan
2.Buku stok perolehan 
3.Rekod pinjaman
4.Semakan stok dan hapus kira
5.Belanjawan dan perbelanjaan
6.Penyenggaraan
7.Aktiviti dan kajian
8.Pencapaian dan kejayaan
2.3.2 Pengelolaan koleksi – Semua koleksi PSS perlu dikelolakan dengan 
baik. Ini termasuk indeksing, pengkelasan, pengkatalogan dan automasi. 
Katalog buku dan bahan bukan buku perlu dipusatkan (centralised) bagi 
memudahkan pengguna. 
2.3.3 Pengelolaan perabot, kelengkapan serta peralatan perlu direkod dan dikelolakan dengan baik.
2.4 Keceriaan
Keadaan dalam dan luar PSS perlu kemas dan ceria untuk menarik minat pengunjung. 
2.5 Penglibatan Warga Sekolah dan Komuniti
Penglibatan warga sekolah dan komuniti dalam membantu dan menyokong pengurusan dan pengelolaan PSS. 
3. PENGGUNAAN PUSAT SUMBER
3.1 Waktu Operasi
Setiap sekolah perlu memperuntukan waktu yang sesuai untuk pengguna berkunjung ke PSS. 
3.2 Jadual Waktu
Jadual waktu lengkap tentang penggunaan PSS perlu disediakan dan dipamerkan di tempat-tempat yang mudah dibaca oleh pengguna. 
3.3 Urusan Pinjaman
Semua urusan pinjaman yang melibatkan guru dan pelajar perlu diurus 
dengan sempurna dan direkodkan. Ia meliputi pinjaman secara individu 
juga kelompok. 
3.4 Penggunaan TVP
Penggunaan TVP secara `on-air’ atau `off-air’ perlu digalakkan. Sediakan jadual waktu khas dan rekodkan penggunaannya. 
3.5 Pameran
Menganjurkan aktiviti pameran dari masa ke masa mengikut tema tertentu. 
3.6 Aktiviti Galakan
Menjalankan pelbagai aktiviti galakan untuk menarik pengguna datang ke PSS. 
3.7 Pembelajaran Kendiri
Perlu disediakan ruang/sudut pembelajaran kendiri. Rekod penggunaannya perlu disediakan dengan sempurna. 
3.8 Bahan Promosi/Publisiti
Mengadakan pelbagai bahan promosi untuk menggalak pengguna seperti sesi 
orientasi, ceramah buku , penerbitan brosur dan senarai bahan baru. 
3.9 Kemahiran Maklumat 
Mengadakan latihan, kursus atau bengkel kemahiran maklumat dan IT kepada pelajar dan guru-guru dari masa ke masa. 
3.10 Menghasilkan Bahan dan Perisian
Sentiasa memberi kemudahan kepada pelajar dan guru untuk menghasilkan bahan dan perisian untuk membantu proses P & P. 
4. PROGRAM NILAM
4.1 Pengurusan Program
Program perlu diurus dengan sistematik. Adanya Jawatankuasa, senarai dan pembahagian tugas. 
4.2 Pelaksanaan Tugas
Semua pelajar terlibat. 
4.3 Dokumen dan Rekod
Rekod pengguna diurus dengan baik. Ini termasuklah rekod pelajar; rekod 
guru matapelajaran khususnya matapelajaran BM dan BI; rekod guru kelas 
dan tingkatan; dan rekod sekolah. Rekod-rekod ini diketahui oleh 
masyarakat sekolah. 
4.4 Pencapaian
Perlu ada beberapa peratus pelajar mencapai tahap Jauhari dan Rakan Pembaca. 
4.5 Pengiktirafan
Pengiktirafan pencapaian semua pelajar direkodkan ke dalam buku rekod 
pelajar dan adanya system pengiktirafan yang formal. Contohnya, dengan 
mengeluarkan sijil. 
5. PROGRAM PENINGKATAN PUSAT SUMBER
5.1 Rancangan Pembangunan Jangka Panjang
Setiap PSS sepatutnya mempunyai perancangan jangka panjang yang konkrit 
dan menyeluruh untuk meningkatkan PSS dalam jangka masa 3 hingga 5 
tahun. 
5.2 Naiktaraf Kemudahan ICT di PSS
Mempunyai perancangan yang khusus untuk mempertingkatkan kemudahan 
bilik/ruang, peralatan, kelengkapan dan koleksi bahan berasaskan ICT 
terkini bagi menampung keperluan semasa. 
5.3 Pengautomasian
Melaksanakan pengurusan dan pengelolaan PSS secara elektronik. 6.4 
Kewangan Melaksanakan pelbagai aktiviti secara berterusan untu menambah 
sumber kewangan. 
5.5 Kewangan PSS
Menggunakan sumber kewangan yang diperoleh dengan sebaik mungkin untuk 
mempertingkatkan PSS. Rekod penggunaan perlu disediakan dengan sempurna.
 
5.6 Latihan Kemahiran
Merancang dan melaksanakan program latihan, khususnya yang berkaitan 
dengan teknologi terkini untuk mempertingkatkan pengurusan dan 
penggunaan PSS. 
5.7 Penilaian dan Kajian
Untuk meningkatkan mutu pengurusan dan penggunaan PSS, penilaian dan kajian keperluan perlu dijalankan secara berterusan. 
6. Jadikan PSS Cemerlang 2000, 2001 dan 2002 sebagai contoh kerana semua
 PSS yang berjaya telah menunjukkan ciri-ciri positif seperti berikut: 
a.Sekolah dilihat Sebagai Satu Keluarga. Apa jua program yang diadakan 
pasti semua akan terlibat secara ‘total’ – dari Pengetua/Guru Besar 
hinggalah kepada guru-guru, kakitangan sokongan dan ibubapa. 
b.Pengetua/Guru Besar Berfikiran Terbuka - sentiasa bersedia dan mahu 
menerima idea baru/luar semata-mata untuk kecemerlangan sekolahnya. 
c.Mempunyai Perancangan Strategik.
d.Memahami Konsep, Peranan dan Fungsi PSS. 
e.Menjadikan PSS payung kepada segala aktiviti pemerolehan, penghasilan dan penggunaan sumber. 
f.Penglibatan panitia matapelajaran dalam Jawatankuasa PSS secara 
langsung mempertingkatkan penggunaan PSS dalam proses pengajaran dan 
pembelajaran. 
g.Mengadakan pelbagai program bagi memastikan PSS digunakan ke peringkat optimum. 
h.Tempat dan ruang yang ada digunakan sepenuhnya bagi menjana pemikiran aktif dan kreatif pelajar. 
i.Kekurangan yang ada tidak dilihat sebagai masalah, tetapi sebagai cabaran dan lantas menjadi lebih kreatif dan inovatif. 
g.Perkembangan dan kemudahan teknologi baru digunakan sepenuhnya samada 
untuk automasi PSS mahupun membina perisian dan mewujudkan laman web. 
h.Kehadiran kemudahan dan sumber teknologi terkini seperti CD-ROM dan 
INTERNET tidak menjejaskan penggunaan sumber tradisional seperti carta, 
pita video dan sebagainya. Malah bahan-bahan tradisi ini tetap diurus, 
dikelola dengan baik dan digunakan secara optimum. 
PELAKSANAAN 
Pada dasarnya setiap negeri akan mencalonkan 4 buah PSS Cemerlang 
peringkat negeri ( satu PSS Rendah Bandar, satu PSS Rendah Luar Bandar, 
satu PSS Menengah Bandar dan satu PSS menengah Luar Bandar) untuk 
dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. 
Penilaian dibuat berasaskan prestasi PSS sepanjang tahun 2003 dan 2004. 
Namun begitu aspek-aspek berterusan dan kesinambungan tentang 
pelaksanaan program PSS turut diambilkira dan dipertimbangan. Skop dan 
bidang yang ditetapkan dalam penilaian ialah:-
1.Bahagian I – Kemudahan Fizikal, 
Peralatan dan Bahan (10%)(Lokasi PSS Induk & Bilik Media/BBM, Ruang/
 Kemudahan Tambahan, Susunatur Bilik dan Ruang, Perabot dan Kelengkapan,
 Bahan Cetak, Bahan Bukan Cetak, Peralatan, Alat Keselamatan) 6.1.2 
2.Bahagian II – Pengurusan dan Pengelolaan PSS 
(15%)(Struktur Organisasi, Rancangan Tahunan, Pengurusan Kewangan PSS, 
Dokumen dan Rekod – Pengurusan PSS, Pengelolaan Koleksi, Pengelolaan 
Peralatan, Pengelolaan Perabot dan Kelengkapan, Keceriaan, Penglibatan 
Warga Sekolah dan Komuniti) 
3.Bahagian III - Penggunaan PSS (40%)(Waktu operasi 
PSS, Jadual waktu, Pinjam-Meminjam –Bahan Cetak, Bahan Bukan Cetak, 
Peralatan, Pinjaman Secara Kelompok, Penggunaan Rancangan TV Pendidikan,
 Aktiviti Pameran, Aktiviti Galakan, Pembelajaran Kendiri, Bahan 
Promosi/Publisiti, Kemahiran Maklumat, Penghasilan Bahan dan Perisian) 
4.Bahagian IV - Program Gerakan Membaca 
(20%)(Pengurusan Program Gerakan Membaca, Pelaksanaan, Dokumen dan 
Rekod, Pencapaian, Pengiktirafan) 
5.Bahagian V - Program Peningkatan PSS (10%)(Rancangan 
Pembangunan Jangka Panjang, Naiktaraf Kemudahan ICT di PSS, 
Pengautomasian, Kewangan PSS, Penggunaan Sumber Kewangan, Latihan 
Kemahiran, Penilaian dan Kajian) 
6.Bahagian VI - Kriteria Khusus (5%)(Ciri Keistimewaan yang tidak termasuk dalam Bahagian I hingga V) 
Sumber
Sektor Perkhidmatan Sumber Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Feb 2004
