Ahad, 6 Mac 2016

PROGRAM WAKAF BUKU

Program Wakaf Buku  anjuran Pusat Sumber Sekolah bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKSI II. 

Tarikh : 5 Mac 2016

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk menambah bilangan koleksi bahan bacaan di pusat sumber dan sudut- sudut bacaan. Ini adalah sebagai langkah menggalakan penglibatan murid dalam aktiviti membaca dan secara tidak langsung meningkatkan pencapaian NILAM di sekolah ini.  

Pada 4 Mac 2016 Dato' Redzo Bin Khairuddin ( Pengurus Cerdik Publication Sdn. Bhd. )  berbesar hati telah menyumbangkan 30 buah buku baru keluaran Cerdik Publication Sdn. Bhd. Beliau juga telah bersetuju bekerjasama dengan Pusat Sumber Sekolah untuk mewujudkan satu program khas bagi mencungkil bakat murid iaitu Pentas Cerdik yang mana bahan bacaan akan disumbangkan oleh Cerdik Publication Sdn. Bhd.