Selasa, 5 Jun 2018

PELANCARAN PROGRAM KITAR SEMULA PERINGKAT SEKOLAH

PROGRAM PEMBUDAYAAN 3R
( REDUCE, REUSE, RECYCLE )


Program ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan semua warga sekolah pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam amalan lestari hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan sekolah. Dengan menggunakan slogan 'Alam Sekitar Terpelihara, Persekitaran Ceria, Kehidupan Selesa', program ini telah menganjurkan aktiviti seperti Program Kitar Semula, Aktiviti pengumpulan bahan-bahan terbuang yang diperolehi di sekitar sekolah dan rumah warga sekolah. Pelancaran program ini telah dirasmikan oleh Pn. Dayang Hamsiah Bt Abang Mohtar selaku guru besar Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Kuala Kangsar. Pelancaran telah dibuat pada 28 Mei 2018.

Objektif utama program ini ialah: 
  1. Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program mesra alam.
  2. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan seperti program kitar semula.
  3. Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah.
  4. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
  5. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga sekolah untuk menjalankan aktiviti kitar semula.