Isnin, 30 Julai 2018

ANUGERAH TERINDAH KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH

KONVENSYEN HEALTH PROMOTION IN LEARNING INSTITUTIONS (HePiLI) PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 & MAJLIS PELANCARAN PROGRAM 
TUNAS DOKTOR MUDA


Konvensyen HePiLI Peringkat Kebangsaan 2018 telah berlangsung pada 24 hingga 27 Julai 2018 di Dewan Utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Konvensyen ini telah di anjurkan dengan kerjasama dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Antara objektif Konvensyen HePiLI Peringkat Kebangsaan ini adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada Ahli Kelab Doktor Muda dan PROSIS dalam melaksanakan program di institusi masing-masing di samping memberi pendedahan dan galakan kepada pihak sekolah serta institusi pengajian tinggi untuk meneruskan pelaksanaan aktiviti Kelab Doktor Muda dan PROSIS. Selain itu Konvensyen ini juga bertujuan untuk menilai kemampuan, kreativiti, kepekaan dan kemahiran ahli Kelab Doktor Muda dan PROSIS sebagai agen dalam menyampaikan mesej kesihatan.

Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Kuala Kangsar telah menyertai 2 kategori semasa konvensyen ini. Kategori pertama yang disertai ialah Pertandingan Lompat Tali Berirama ( Sekolah Rendah ) dan yang kedua Anugerah Sekolah Cemerlang Kelab Doktor Muda ( Sekolah Rendah ).

SK Sultan Idris II telah berjaya dinobatkan sebagai SEKOLAH CEMERLANG KELAB DOKTOR MUDA KEBANGSAAN 2018 kategori sekolah rendah dan telah memenangi wang tunai sebanyak RM 3,000.00. Manakala acara lompat tali hanya berjaya mendapat sagu hati.